21 October 2015

Kerana hati ini milik Tuhan


"Izzatie, malam esok kita turun masjid jom. Lama dah tak iktikaf." Ajak sahabat, Iman.

"Asif sahabat. Aku tengah busy gila ni. 3 minggu ni busy dengan test. Assignment tak siap lagi. Lepastu proposal aku tu. Asyik kena reject je. Ni makan pun tak sempat tau. Smpah penat." dia mengeluh perlahan.

"Kalau nak tunggu sampai kerja siap. Sampai bila kita tak pergi. Izzatie, bila lagi kita nak luangkan masa dengan Allah." Iman memerli.

Dia mengeluh

"Izzatie, ingat balik kali terakhir awak iktikaf di dalam masjid. Awak diatas tikar sejadah. Awak bertelekung. Awak menangis kerana Allah. Bibir dan hati awak tiadalah yang lain hanya untuk Allah. Dan setiap pergerakan awak dikira ibadah. Bila lagi?"

Dia mula mengimbas kali detik dia bersama Tuhan di dalam masjid. Indah.  Ah, baru mengimbas hati sudah rasa tenang. Hati sudah rasa rindu mahu bertamu dengan Tuhan.


'Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai.'
[89:27-30]

"Hasbunallah wani'mal wakil," bisiknya dalam hati.

"Tak pe, jangan risau sangat dengan assignment. Kita luangkan masa dengan Allah satu malam saja. Esok dah boleh sambung buat kerja. Kau takut kau fail periksa minggu depan sebab kau tak studi sebab spend satu malam dengan Allah? Logik tak ?Ingat balik surah 47:7."

'Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong agama kamu dan meneguhkan kedudukan kamu' [47:7]


Malam itu, di atas tikar sejadah basah dengan air mata. Meluahkan semua rasa di jiwa. Hanya Tuhan yang mengerti. Sang Pemilik Hati.

Kerana aku terlalu sibuk mengejar hal dunia
Kerana hati ini tidak dijaga sepenuhnya
Kerana aku sangka aku hidup selamanya
Ampunkan aku si pendosa yang hina

Dia berat hati untuk meninggalkan masjid itu.
Dan bukanlah setelah dia beriktikaf, beban kerja dia semakin berkurang. Malah makin bertambah. Tarikh peperiksaan semakin hampir.  Tapi ada rasa itu. Tenang itu tak semua mampu merasainya. Dan dia yakin setiap kepayahan yang dia lalui, Allah selitkan kemudahan.


'Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berilah kelapangan di dalam majlis-majlis, maka lapangkanlah. Nescaya Allah akan beri kelapangan kepada kamu....'
[58:11]

2 comments:

Awak comment saya sayang.. =)