23 November 2015

Zaman kita zaman yang bagaimana?

Dia sedang scroll news feed di facebook. Matanya tertancap pada seorang anak palestin yang terbaring dengan badan yang bermandikan darah. Enggan mempedulikan anak itu, dia terus scroll lagi news feed di facebook. Tetiba hatinya teringat pada seseorang akhi yang berpesan

"Tanda lemahnya iman 
seseorang itu
apabila dia nampak
 penderitaan saudaranya, 
dia tidak mempedulikannya.
 Bila dia nampak 
penderitaan sahabatnya 
di media sosial,
 dia terus scroll laju"


Sentap. Dia pergi balik ke page sebelumnya. Gambar anak palestin itu dia tatap.
'Kau di sana dengan jihad kau. Kami di sini dengan jihad kami.' Bisiknya dalam hati.


Menurut statistik dari tahun 2000-2008, seramai 257,000 anak luar nikah dilahirkan. Bila dikira secara purata maksudnya lebih kurang 4 bayi dilahirkan setiap jam tanpa bapa. Dalam satu jam itu, ada 4 orang anak luar nikah dilahirkan. Satu hari bagaimana? Satu bulan? MasyaAllah. Dia istighfar. Zaman apakah kita ini. Zaman kemaksiatan. Zaman fitnah.

Percaya atau tidak, dalam 24 jam kita sentiasa terdedah dengan maksiat daripada kebaikan. Manakan tidak, televisyen adalah benda wajib yang perlu ada di rumah. Pergi ke kerja naik kereta. Berkumandanglah muzik-muzik yang lagi melaghakan. Pergi ke sekolah jumpa kawan, bergossip, berdatung, teung crush lama-lama. Kawan mengajak menonton wayang adalah satu kebiasaan. Kawan mengajak ke usrah, ta'lim apatah lagi ceramah adalah satu keanehan yang nyata.  Novel berkisahkan cinta sungguh laris di jual di kedai buku. Kitab-kitab catatan ulama' jenuh mencari di ceruk-ceruk pekan buku. Zaman apakah kita ini?

Andai, tiada siapa yang sudi mengajak kepada kebaikan pada alaf ini.
Bagaimana agaknya kehidupan kita pada masa akan datang ?

Andai kita tidak teringin untuk  mencegah kemungkaran bermula daripada sekarang,
zaman yang bagaimana yang kita jangka anak kita akan hidup?

Andai daripada sekarang kita tidak mula mengubah diri kita daripada sekarang
Bagaimana pula anak-anak muda pada zaman hadapan?

Pada zaman yang penuh fitnah ini, zaman yang penuh dengan maksiat, tanpa kita yang melakukan perubahan, tanpa kita yang berkehendakkan perubahan, apakah kita sangka zaman terkehadapan kita akan hidup dalam keadaan baiah solehah?

Bangunlah anak muda. Bila Umar ditanya apa yang dia mahu untuk memenuhi satu bilik, bukanlah emas dan peramata yang dia inginkan, bukan juga dia mahukan pangkat apatah lagi harta seluruh langit dan bumi, tetapi beliau membalas "Aku mahu bilik ini dipenuhi dengan para mujahidin"

Apakah kita para mujahidin yang dimaksudkan Saidina Umar? Apabila kita bangga mempertontokan maksiat yang dilakukan? Bangga menayangkan artis korea kegemaran diri. Bangga punya teman wanita mahupunlelaki. Bangga dapat menyakitkan hati ibu? Bangga meninggalkan solat jumaat. Kitakah para mujahidin itu?

Apakah kita layak jika dibandingkan dengan pemuda pada zaman nabi seperti Mus'ab bin Umair yang sanggup meninggallan harta kekayaannya demi Islam. Usamah bin Zayid yang dipercayai oleh Rasulullah dan dilantik sebagai general pada umur yang cukup muda. Hanzalah yang digelar Sang Pengantin Langit. Talhah bin Ubaidillah yang digelar syahid yang berjalan?

Andai ada sahabat nabi yang hidup pada zaman kini, pasti beliau dianggap gila. Sahabat nabi yang pergi ke pasar semata-mata mahu memberi salam kepada orang.

Maka zaman yang bagaimanakah kita ini? Zaman yang bagaimanakah kita mahukan pada masa akan datang?

4 comments:

  1. renungan dan entry yang menarik :')

    ReplyDelete
  2. terima kasih sbb hdirkan entri ni. buat saya tersentak dari tidur dunia yg lena. terima kasihh ;)

    ReplyDelete
  3. Apakah kita layak dipanggil mujahidin? Sedangkan kita tewas hanya pada hiburan. Allahu.. :'(

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)