11 January 2016

Random

"Cuba antunna cari  dan fikirkan bagaimana antunna nak contribute dalam dakwah kita," Soal kak Murabbi kepada kami. Diam kami sebentar mencari apakah potensi diri kami untuk membantu dakwah kami. Sementara itu Kak Murabbi cerita di mana silapnya kami selama kami berada di medan dakwah. Apa puncanya dan solusi.

Hayati berjuang di dunia korporat. Menguruskan majlis, berurusan dengan ahli korporat untuk tujuan dakwah. Lalu Hayati bertekad menjadi salah satu tenaga dalam yayasan dakwah kami.

Anisa dengan dunia penulisannya. Pen menjadi teman. Menulis, menyusun dan mengatur beribu ayat untuk memberi kefahaman kepada beribu jiwa.

Nurul di unit media. Kerana dakwah kami kekukarangan tenaga di bahagian teknikal. Suma isu berkenaan grafik, editting photoshop dan sewaktu dengannya serah pada dia.

Aku? Tika itu baru aku hendak mencari. Bagaimana aku bisa memberi sumbangan dalam dakwah.

"Anti minat apa?", soal Hayati. Aku buat muka jerk.

"Semua benda ana boleh buat," Jawabku sarkastik. Sedangkan diri sedang berperang di dalam diri sendiri.

Baru sedar kerdilnya diri ini. Sedangkan Bilal Bin Rabbah, hamba yang tika dahulu dipandang hina oleh masyarakat sekililing akhirnya menyumbangkan sesuatu yang amat besar dalam Islam.

Setelah bersyuwarah seketika, mereka serahkan aku ke dunia bisnes. Siapa tak berontak.

"Im an engineer guys. Not a businesswoman. I dont even take that course,"

Basic pun tak ada. Lagilah. Rugikan company je karang aku ni.

"Habistu anti nak buat apa? Takkan nak ke dunia fesyen," Time tu rasa macam nak tumbuk je Si Hayati ni. Hiper sungguh perempuan ni dah nampak jalan yang akan dilaluinya nanti. Janganlah buka cerita yang lalu. Bukankah sebaik-baik wanita itu wanita yang tidak memandang dantidak dipandang. Masih merangkak tinggalkan fesyen muslimah yang merepek.

Tak lama kemudian, akhirnya aku akur. Belajar buat bisnes dakwah. sekurangnya aku cuba untuk menyumbangkan sesuatu dalam dakwah walau sekecil mana pun usaha aku.

"Anti pergi contact no ni......." Panjang lebar sang kak murabbi memberi arahan.

Sejujurnya aku takut. Aku bukannya boleh tahan makian. Mungkin, ini caranya supaya aku jadi kebal dengan cercaan orang. Aku pujuk diri aku sendiri. Kerana lebih jauh kita menyelusuri dunia dakwah, makin banyak cercaan yang kitakan terima. Bukankah dunia dakwah ini tidak dibentang dengan karpet merah.

Doakan aku kuat untuk terus berjuang demi dakwah.



2 comments:

  1. Amiin... Sentiasa kuat. In shaa Allah, suatu hari nanti Allah akan balaskan jasa2 yg dilakukan ikhlas untuk Allah, semanis manisnya. Mungkin dunia tak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Mendengar. Wallahualam. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... excited jugak baca your post here. Baru baca satu ni je actually... LOL :D
    Tak sangka masih ada lagi yang aktif blogging sekarang (2016). Tak tahu sangat any blog yang menarik. Terjumpa di google then bukak. Sampailah sini. Anyway, I'm going to read more. Keep it up. Fighting!!!

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)