03 April 2016

#RESUS

Hari ini aku gembira. Hari ini aku bangga. Majlis pelancaran uku RESUS aku hadir di HUKM. Ditulis oleh 10 orang bakal doktor dan doktor yang ditarbiyah.

Sebusy mana pun seorang doktor, masih berusaha mencari masa untuk diluangkan dijalan dakwah.  Gambar mereka di banner terbentang dengan senyuman. Namun, aku yakin hanya Allah yang Maha Mengerti bagaimana sakitnya mereka selama berada di jalan ini. Dengan kerjaya sebagai doktornya, kerja pagi sampai malam, sambung dengan halaqah setiap minggu. Selagi belum sampai 3 pagi, selagi itu tak akan habis. Belum tambah dengan liqa' syura, daurah dan sebagainya. Tapi sekali lagi aku yakin, Allah Maha Bijaksana dalam menghitung amalan-amalan, pengorbanan-pengorbanan yang dibuat oleh hambaNya semata-mata untuk membuktikan kecintaan mereka kepada Allah.


Kalau betul busy sungguh doktor hari ini sampai tak sempat buat kerja dakwah.
Bagaimana mereka mampu untuk sempat pergi ke shoppimg mall menonton wayang.

Kalau betul busy sungguh doktor hari ini,
Masih mampu melahirkan doktor-doktor yang bekecimpung di luar bidang
Penyanyi, penulis,
Tapi diajak berbuat dakwah, busy.

Bukalah fikiran, besarkan jiwa.

10 orang doktor ini telah membuktikan sebaliknya !

Dakwah memerlukan kita.

Dan

Siapa kata dakwah ini untuk loser,
Siapa kata halaqah ini tempat pembuangan orang yang tak bersosial.
Siapa kata orang yang bawa dakwah ini tertutup fikirannya
Orang yang bawa dakwah ini meninggalkan dunia semata.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik                                                                                       {3: 110}

Islam akan menang. Islam pasti menang. Bila itu tak siapa tahu. 100 tahun mungkin. 1000 tahun mungkin, 50000 tahun mungkin. 100000000 tahun mungkin. Atau mungkin pada zaman kita
Tapi sejauh mana pun kemenangan Islam itu, biarlah tangan-tangan yang menggerakkan Islam itu adalah  tangan-tangan kita. Biarlah pada hari kemenangan Islam itu, ada tenanga kita yang disumbangkan. Aku tak mahu menyesal.

Seperti mana tangan-tangan para sahabat Rasulullah membantu Sultan alFateh dalam menawan Kota Konstatinopel dengan mengecilkan wilayah-wilayah Rom.

Begitulah tangan-tangan kita. Jadi, ayuh bangkit!



Salah satu Kisah benar#travelogdoctortarbiyah 

"Puan, ini jantung baby ya." "Tahniah,puan bakal jadi ibu!" "Puan,darah rendah ni,sy akan bg obimin. Puan makan setiap hari ya." "Restlessnya bila takda patient ni. Haha." "Puan, baby ok. Cuma dtg esok lagi ya. Kita nak tgok bacaan kuning menurun ke tak." "Puan, tahniah dpt anak kembar."
......................................................................................................................................................................

Despite of all of these.. There is one patient that suddenly makes up my tears deep in my heart. "Puan, sepatutnya puan kena masuk hospital kan minggu ni, kenapa x pergi?" "Dr, sy tiada duit Dr. Sy keluarga susah. Sy dtg klinik ini pun terpaksa guna duit yg kami simpan utk beli beras." If u are the Dr, what will be your respond?
Ingin memiliki RESUS untuk kisah yang lebih mengetuk HATI kita?

RESUS. Harapan Masih Ada.
Adalah sebuah buku tulisan para doktor dan student medik yang aktif melakukan kerja amal meRESUS iman.


Resus; singkatan dari perkataan resusitasi/ ‘resuscitation’; cara sebutannya adalah ‘risas’.
Ia adalah tindakan kecemasan yang dilakukan untuk mengekalkan fungsi normal organ manusia sebagai salah satu kaedah menyelamatkan nyawa. Resus mungkin dilakukan secara resus cecair ataupun resus kardiopulmonari (CPR). Alhamdulillah, RESUS, harapan masih ada adalah kompilasi penulisan daripada beberapa penulis yang telah bergelar doktor mahupun yang masih lagi belajar.

Secara keseluruhannya, Resus harapan masih ada berkongsi dengan anda serba sedikit cabaran dan ujian dalam mengharungi kehidupan bergelar pelajar perubatan yang kelak bakal berkhidmat untuk agama dan umatnya sendiri dengan kepakaran dan ilmu yang ada. Ramai diantara kita yang mentalitinya doktor sebagai orang yang hebat, kaya, boleh pakai kereta mewah, rumah besar dan lain- lain. Sedangkan pada hakikatnya ia jauh lebih bernilai sekiranya profesion yang teramat mulia ini dimanfaatkan bukan sekadar untuk diri sendiri bahkan pada Islam.


RM 25/pcs
To purchase, 
email : ainsoofiyah@gmail.com.



3 comments:

  1. Penulis blog ni calon Dr? Terus maju dlm penulisan dakwahmu to be generasi genius y bertakwa , keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. EH, tak. saya bukan calon dr. Jazakallahu khairan ;)

      Delete
  2. Mabrouk,soofiyah..penulisan yg hebat!!
    Moga terus berdakwah dalam medan penulisan ini..

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)