20 May 2016

Inilah jalanku

Hakikatnya jalan dakwah bukanlah jalan yang mudah. Berapa ramai manusia yang berpaling dari jalan ini kerana merasakan dirinya tak mampu memikul beban.

Kalau dulu aku sangat gembira dan bahagia bersama halaqah. Tapi kini, dakwah semakin menekan. Loading bertambah. Masa untk belajar semakin kurang aku peruntukkan. Dengan ujian dan fitnah yang macam-macam. Sesat, Ekstrem dan sebagainya.

Ditengking, dijeling aku sudah lali. Baru minggu lepas aku dimarahi oleh orang yang paling aku sayang setelah Rasulullah dan Jihad. 

"BODOH !"
"BANGANG !"
"LEMBAB !"

Disebabkan masalah sikap. Tipu tak sedih. Sumpah aku menahan air mata aku depan orang ramai. Tapi begitulah melayu, hendak dimarah baru bergerak. Mahu dipush baru berbuat. Tapi kemudian aku dipujuk. 

"Ana sayangkan antum antunna. Sebabtulah ana marah. Jangan disebabkan masalah sikap kita, dakwah kita bergerak lmbat. Jangan jadikan kita sebagai asbab melembabkan perjalanan dakwah"

Begitulah kami. Disebalik kesibukan-kesibukan kami. Disebalik merasa berat dengan amanah dakwah yang berlonggok. Disebalik ditekan dan masalah yang betambah. Aku masih merasa bahagia. 

Letakkan kemampuan itu di atas Allah

Jangan sesekali kita rasa kita mampu memikul amanah kerana kita mampu. Hakikatnya, Allahlah yang memegang kemampuan dan kekuatan kita. Sandarkan kemampuan kita kepada Allah.Lemahnya kita tanpa pertolongan Allah. Hinanya kita andai tidak meletakkan Allah di hati. Bodohlah kita jika kita sangka setiap ujian yang berjaya melepasi adalah kerana kudratku sendiri. Kerana setiap ujian yang kita sudah lalui dan sedang lalui itu hakikatnya Allahlah yang memberi kekuatan. Bukan kerana kekuatan kita. 

Kalau dulu aku tiada loading. Kalau dulu aku hanya menerima pengisian ruhiyah. Kalau dulu aku orang yang ditaklimkan. Tapi, kini akulah yang mentaklimkan. Kadang aku terfikir, perlukah punya loading yang menyesakkan. Kata orang yang aku cintai itu.

"Tarbiyah adalah nikmat. Dan setiap nikmat yang kita dapat di dunia akan dipersoalkan di akhirat"

Aku akan disoal setelah kau menerima tarbiah. Bagaimana kau manfaatkannya. Simpan seorang diri atau disebarkan buat orang lain. Sejauh mana kau betul2 all out dalam membina manusia membawa kepada Tuhan. Di mana kesungguhan kau. Setelah kau mendapat kefahaman tentang Islam, apakah kau aplikasikan apa yang belajr. Islam itu agama praktkal bukan teori semata. Bukan Mujahidah Plastik.

Kalau dulu sudah cukup setahun kau menerima. Dengan asbab dakwah kau meninggalkan karat-karat jahiliyah. Dengan asbab tarbiyah kau nampak masalah umat yang memeritkan. Melalui dakwah dan tarbiah kau reti menggunakan masa sebaiknya, kau berjumpa dengan himpunan manusia yang mengingatkan kau tentang Tuhan. Itu dakwah dah beri pada kau. Jadi jangan berdolak dali, jangan hanya menerima. perlu punya sesuatu untuk diberikan pada dakwah dan tarbiah !

Dalam menyelusuri perjalanan dakwah. 
Terlalu banyak yang akan kau jumpa.
 Punya duri, paku, ular, batu, lubang, semak. 
Sakit. 
Tapi masih ada bunga, rama-rama, 
pokok-pokok yang menghiasi jalan ini




1 comment:

  1. Ramadhan bulan tarbiah, sediakan diri untuk ditarbiah,

    ReplyDelete

Awak comment saya sayang.. =)